Setelah 4Thn 10Bln 25Hari kami suami isteri menunggu khabar gembira ini.... pada 2/11/2011 aku disahkan pregnant... Sungguh kami x sangka. Terima kasih pada family & kawan2 yg byk memberi semangat n doa sehingga saya mendapat kurniaan yg tak terhingga ini. To my hubby...terima kasih kerana byk beri dorongan dan semangat...menunggu dgn penuh sabar. Sesungguhnya kuasa Tuhan tu amatlah besar,,, xde siapa sangka rezeki yg nak diberikan olehNya. Syukur Alhamdulillah....
Thursday, November 3, 2011
Thursday, October 13, 2011
ANNUAL DINNER 2011 _ PROMAC INDUSTRIES
Pada 1 & 2 October 2011 company aku kerja buat Anuual Dinner kat Genting Highland
Dari Kiri : Liza, Kak Ina, Noor, Aku ( Gemuknyeee saya) & Ika
Aku & Ika
Aku & Kak Ina
Dari Kiri : Kak Ina's Hubby, Kak Ina, Ika, Aku
IMPIAN 2011
Setelah 5thn menanti.....akhirnye aku n hubby dapat mencapai salah satu impian kami untuk tahun 2011 ni...
Mesti semua org suspen....bkn nak dpt zuriat ye....belum rezeki kami..tp kami dapat memiliki rumah sendiri dari hasil titik peluh selama ni...walaupun rumah teres je tp syukur sgt2
Mesti semua org suspen....bkn nak dpt zuriat ye....belum rezeki kami..tp kami dapat memiliki rumah sendiri dari hasil titik peluh selama ni...walaupun rumah teres je tp syukur sgt2
Ni lah rumah kami...
NUR ALYA ZAHRA BT MOHD FIRDAUZ
Pada 20 September 2011...lahirlah seorang puteri /cucu/cicit sulong dalam keluarga aku....adik aku yg aku cerita kat bawah ni selamat melahirkan baby pertama.
Orang yg paling happy ialah Baba n Mak aku...sbb dah 5thn aku kawen still belum ada rezeki nak bg diaorg cucu....So Alya adalah sweetheart mereka... Anyway aku bersyukur sgt2 sbb dpt tgk parent aku bahagia n gembira. Tak lupe jgk pada arwah mama .... kalo dia ada dia lbh gembira.....
Nama : NUR ALYA ZAHRA BT MOHD FIRDAUZ
Tarikh Lahir : 20 / 9 / 2011 @ 10:23am
Tempat Lahir : Hospital Banting
Orang yg paling happy ialah Baba n Mak aku...sbb dah 5thn aku kawen still belum ada rezeki nak bg diaorg cucu....So Alya adalah sweetheart mereka... Anyway aku bersyukur sgt2 sbb dpt tgk parent aku bahagia n gembira. Tak lupe jgk pada arwah mama .... kalo dia ada dia lbh gembira.....
![]() |
| WE LOVE ALYA........ |
Tuesday, May 24, 2011
ZURIAT KU!!!!
AMALAN DOA UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Setiapkali lepas solat..baca doa ini..
i.) Baca Surah alfatihah
ii) Doa mohon zuriat iaitu surah Al-anbiya ayt 89, Surah Ali Imran ayt 38, surah Al-anbiya ayt 30
Doalah dengan penuh yakin dan berharap..
tolonglah ya Allah.. dengarlah doa aku ini..tolonglah Ya Allah..
DOA UNTUK KAWAN-KAWAN YANG LAIN
Di samping berdoa utk diri sndr doalah untuk kawan2, saudara-saudara kita yang belum mendapat zuriat..
Mohon Ya Allah..kurniakan zuriat kepada mereka yg senasib dgn ku.. sebut nama kawan tu jelas-jelas...
mohon dengan ikhlas pada Allah...Insyaallah..yakinlah..
bila kita doa kebaikan untuk orang lain..insyaallah kebaikan jua akan menemui kita
ASID FOLIC
Kekalkan tabiat makan asid folic.
DOA & KEREDHAAN SUAMI
Minta maaf pada suami..kalo boleh setiap hari sblm tdo tu.. minta doa suami jugak..
Ikhlaslah pada rumahtangga...walaupun kadang kala tewas dgn perasaan ni..
Ya Allah..hari2 kene minta maaf dari suami..
Maklumla isteri ni..mulut .. hati ..kadang2 bila syaitan mula bertenggek kat hati..
hitam legam hati jadinya....smp terlupe syurga tu kat tapak kaki suami..
Hilangkanlah ego.. peluk erat-erat suami..
"B...sama2 la kita usaha & doa...ayg yakin rezeki tu akan berpihak kat kita gak...".
BERAT BADAN
Kawal berat badan..ni lg la cabaran yg paling berat
tp aku akan cube selagi termampu
Setiapkali lepas solat..baca doa ini..
i.) Baca Surah alfatihah
ii) Doa mohon zuriat iaitu surah Al-anbiya ayt 89, Surah Ali Imran ayt 38, surah Al-anbiya ayt 30

tolonglah ya Allah.. dengarlah doa aku ini..tolonglah Ya Allah..
DOA UNTUK KAWAN-KAWAN YANG LAIN
Di samping berdoa utk diri sndr doalah untuk kawan2, saudara-saudara kita yang belum mendapat zuriat..
Mohon Ya Allah..kurniakan zuriat kepada mereka yg senasib dgn ku.. sebut nama kawan tu jelas-jelas...
mohon dengan ikhlas pada Allah...Insyaallah..yakinlah..
bila kita doa kebaikan untuk orang lain..insyaallah kebaikan jua akan menemui kita
ASID FOLIC
Kekalkan tabiat makan asid folic.
DOA & KEREDHAAN SUAMI
Minta maaf pada suami..kalo boleh setiap hari sblm tdo tu.. minta doa suami jugak..
Ikhlaslah pada rumahtangga...walaupun kadang kala tewas dgn perasaan ni..
Ya Allah..hari2 kene minta maaf dari suami..
Maklumla isteri ni..mulut .. hati ..kadang2 bila syaitan mula bertenggek kat hati..
hitam legam hati jadinya....smp terlupe syurga tu kat tapak kaki suami..
Hilangkanlah ego.. peluk erat-erat suami..
"B...sama2 la kita usaha & doa...ayg yakin rezeki tu akan berpihak kat kita gak...".
BERAT BADAN
Kawal berat badan..ni lg la cabaran yg paling berat
tp aku akan cube selagi termampu
Ya Allah...
Besar benar ujian dan dugaanMu terhadap umatMu ini Ya Allah
Mampukah umatMu ini memikul dan menggalasnye Ya Allah/...
Aku tahu apabila berkahwin.. zuriatlah pengikat kasih sayang..
Bagi yang masih belum dikurniakan..
percayalah pada ketentuan Allah..
kita usaha..kita doa...dan akhirnye kita kena tawakal dan redha
Tekanan dari family or persekitaran..(itu perkara biasa yg ssh nak kita tepis)
bersabarlah..
biarlah.. anggaplah kata2 sinis dan sindiran mereka sbg satu ujian dan kata2 semangat...mungkin mereka lupe Zuriat adalah kurniaan Allah...kita sbg umatNye hanya mampu berusaha,berdoa dan berserah...Tuhan lbh tahu ape yg umatNye perlukan....
Ya allah.. ujian yang diturunkan adalah semampu yang kita terima..
so.. bakal ibu2 yang masih mencuba..
jangan putus asa.....jika kita rasa kita byk kekurangan...ada insan lain yg lbh besar dugaan mereka...
Aku tahu apabila berkahwin.. zuriatlah pengikat kasih sayang..
Bagi yang masih belum dikurniakan..
percayalah pada ketentuan Allah..
kita usaha..kita doa...dan akhirnye kita kena tawakal dan redha
Tekanan dari family or persekitaran..(itu perkara biasa yg ssh nak kita tepis)
bersabarlah..
biarlah.. anggaplah kata2 sinis dan sindiran mereka sbg satu ujian dan kata2 semangat...mungkin mereka lupe Zuriat adalah kurniaan Allah...kita sbg umatNye hanya mampu berusaha,berdoa dan berserah...Tuhan lbh tahu ape yg umatNye perlukan....
Ya allah.. ujian yang diturunkan adalah semampu yang kita terima..
so.. bakal ibu2 yang masih mencuba..
jangan putus asa.....jika kita rasa kita byk kekurangan...ada insan lain yg lbh besar dugaan mereka...
Ada hikmah atas segala yang berlaku..
kita tak tahu..
tapi kita boleh berdoa dan bermohon
rezeki masing2
Ada yang allah bagi kekayaan harta..
ada yang allah bagi kekayaan kasih sayang..
ada yang allah bagi kekayaan kesihatan..
macam2..
kita tak tahu..
tapi kita boleh berdoa dan bermohon
rezeki masing2
Ada yang allah bagi kekayaan harta..
ada yang allah bagi kekayaan kasih sayang..
ada yang allah bagi kekayaan kesihatan..
macam2..
Sentiasa ada kelebihan dan kekurangan nya.
Sempurna di mata manusia...belum tentu sempurna di sisi Allah...
Sempurna di mata manusia...belum tentu sempurna di sisi Allah...
Carilah kesempurnaan hidup dgn mendekatkan diri dgn Allah....
Suatu ketika dahulu aku mmg insan yg sgt sensitif hingga satu tahap aku kecewa...
Suatu ketika dahulu aku mmg insan yg sgt sensitif hingga satu tahap aku kecewa...
tapi Alhamdulillah..
masa berlalu..aku makin positif...
Ya Allah..lindungi aku.. Lindungi aku... lindungi la suami ku ...lindungi la keluarga ku..
masa berlalu..aku makin positif...
Ya Allah..lindungi aku.. Lindungi aku... lindungi la suami ku ...lindungi la keluarga ku..
Ya Allah izinkan aku membahagiakan suami...ayah dan ibu ku...keluarga ku...
Aku redha Ya Allah...
Monday, January 10, 2011
TempAT-tEMPat yg nak dilawati thn ni
Tiap-tiap thn ada je list tpt2 yg nak kami g...pergi atau x bergantung pada
masa
duit
yg ada dalam kepala ni nak g.....
Hopefully....thn ni segala percutian dpt disempurnakan mengikut masa yg dirancangkan......
Thursday, December 30, 2010
SELAMAT TINGGAL 2010....SELAMAT DATANG 2011
Lagi sehari je kita akan meninggalkan 2010...rasa2 ada x azam korang yg belum terlaksana/tercapai....
Aku hanya ada 1 azam yg dari thn 2007 smp skrg belum tercapai..agak2 korang ape ek????Rasa ada sesetengah kwn2 dpt meneka....of course la menimang cahaya mata...tp azam aku yg satu ni...sebagai umatNya kita hanya mampu berusaha,berdoa n tawakal...Tuhan yg menentukan.
Aku yakin satu hari nanti pasti Tuhan tu makbulkan doa umatNya ni...pasti ada yg terbaik telah diaturkan...
Azam pertama
Azam kedua
Azam ketiga n seterusnya....biarlah rahsia....
Tuesday, December 7, 2010
WeDDing Adik
20hb November baba n mak aku dpt sorang lg menantu....adik aku yg no.3 kawen...
Dpt org dekat je...kanchong,Banting...
Dpt org dekat je...kanchong,Banting...
5 December 2010 - Majlis bertandang adik aku ke rumah pengantin lelaki...
Pengantin with my parents
Pengantin with family Pakteh aku
Kami adik beradik
Saturday, September 18, 2010
HARI RAYA 2010
huhuhu.....thn ni giliran beraya kat kg hubby...so xdpt la bergambar b'gambar ngan family kat cni mcm selalu...
tgk je la gmbr diaorg....mengubat hari yg rindu...
tgk je la gmbr diaorg....mengubat hari yg rindu...
BABA N MAK....
Dari belakang Kiri (Qaidah, Zahara, Nashriq, Ain)
Duduk dari kiri (Mak & Baba)
My Big Family (Include Atok N Nenek)_Sebelah Mak
Adik n Kakcik
Mak (Berdiri), Adik (Duduk Kiri) & Kaklang
Monday, September 6, 2010
PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Sunday, August 22, 2010
HaRI kE-12 PuASa
Semalam(Ahad) hari ke-12 umat Islam berpuasa....semalam saya n hubby g antar adik balik Tg Malim, so kitaorg berbuka kat sana je...(Nasi Beriani Gam). boleh tahan la sedapnye...ramai sgt org berbuka kat kedai tu...kul 6.30ptg dah full (nasib baik kitaorg cepat)...
Lps berbuka ngan adik...kitaorg pun balik kapar...
P/s: Tape xde gmbr sbb xde mood nak amik n bergambar.....
Lps berbuka ngan adik...kitaorg pun balik kapar...
P/s: Tape xde gmbr sbb xde mood nak amik n bergambar.....
Wednesday, August 18, 2010
Setelah lapan hari umat Islam berpuasa....hari ni masuk hari ke-9....
Setiap hari hubby beli je juadah berbuka kat pasar ramadhan....nanti lps Isyak baru la start masak nasi n lauk2..leh mkn utk sahur sekali...bgn sahur tgl panaskan je..
Sampai saat ni...masih belum berkesempatan berbuka ngan family...baba,mak n adik2...maaf ye...akak xdpt nak balik berbuka sama2..Insyaallah...mgu ni akak balik...
Setiap hari hubby beli je juadah berbuka kat pasar ramadhan....nanti lps Isyak baru la start masak nasi n lauk2..leh mkn utk sahur sekali...bgn sahur tgl panaskan je..
Sampai saat ni...masih belum berkesempatan berbuka ngan family...baba,mak n adik2...maaf ye...akak xdpt nak balik berbuka sama2..Insyaallah...mgu ni akak balik...
Tuesday, August 10, 2010
1st day PuaSA
Hari ni 1st day kita umat Islam berpuasa utk thn 2010.... Oleh krn semangat berpuasa kul 4.30pg dah bangun tuk sahur, panaskan lauk2 yg dimasak mlm nyer. dah siap hidang semua..baru kejutkan hubby...ermmmm....nama pun suami(lelaki) nak bgn ckup la payah...baru hari pertama...nanti dah masuk mgu ke-2...ke-3 lg la payah...
Duduk buat keje kat opis ni sambil memikirkan ape nak masak arini...lama2 mengantuk dibuatnyer...hope puasa thn ni dpt g terawih...
Duduk buat keje kat opis ni sambil memikirkan ape nak masak arini...lama2 mengantuk dibuatnyer...hope puasa thn ni dpt g terawih...
"SELAMAT BERPUASA"
Sunday, August 8, 2010
SaLAm RamADHan
Assalamualaikum...
Semperna Menyambut RAMADHAN Tahun Ni..Saya (EMMA) Dan Suami (NAZRI) Memohon Maaf Jika Ada Salah Dan Silap,Terlanjur Kata N Perbuatan. Semoga RAMADHAN Thn Nie Membawa 1000 Makna Utk Kita Semua...Sama2 La Kita Menghayati RAMADHAN...
SALAM RAMADHAN :)
Semperna Menyambut RAMADHAN Tahun Ni..Saya (EMMA) Dan Suami (NAZRI) Memohon Maaf Jika Ada Salah Dan Silap,Terlanjur Kata N Perbuatan. Semoga RAMADHAN Thn Nie Membawa 1000 Makna Utk Kita Semua...Sama2 La Kita Menghayati RAMADHAN...
SALAM RAMADHAN :)
Friday, August 6, 2010
Baby....BaBy...bAbY
Dah masuk 4 thn kami berkahwin...smp ke hari ni kami masih menunggu rezeki utk menimang cahaya mata. Bila agaknyer detik itu akan tiba...
Setiap kali bersua ngan sedara mara..pasti ada yg bertanye.."Bila nak ada anak ni????" Bukan kami pinta semua ini...tolong la mengerti n fahami perasaan kami...seperti pasangan suami isteri yg lain, kami jugak teringin nak mendakap anak sndr... tp kami yakin, Allah itu Maha Mengetahui..Mengerti...Memberi...dan Menyayangi..satu hati nanti Insyaallah rezeki itu akan dtg jua..
Berbagai2 usaha telah kami lakukan...dari perubatan moden sampaila perubatan tradisional....cume rezeki belum memihak kpd kami... kami sentiasa terbuka terima pendapat n saranan kwn2 bagaimana???dimana??? pasti kami pergi utk mencube..
setiap masa....gmbr anak2 buah n baby kwn2 menjadi tatapan n penghibur hati kami...
Setiap kali bersua ngan sedara mara..pasti ada yg bertanye.."Bila nak ada anak ni????" Bukan kami pinta semua ini...tolong la mengerti n fahami perasaan kami...seperti pasangan suami isteri yg lain, kami jugak teringin nak mendakap anak sndr... tp kami yakin, Allah itu Maha Mengetahui..Mengerti...Memberi...dan Menyayangi..satu hati nanti Insyaallah rezeki itu akan dtg jua..
Berbagai2 usaha telah kami lakukan...dari perubatan moden sampaila perubatan tradisional....cume rezeki belum memihak kpd kami... kami sentiasa terbuka terima pendapat n saranan kwn2 bagaimana???dimana??? pasti kami pergi utk mencube..
setiap masa....gmbr anak2 buah n baby kwn2 menjadi tatapan n penghibur hati kami...
Monday, July 26, 2010
8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI...
Petikan oleh :Dr Fadillah Kamsah
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah.....
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah.....
Kiranya Lelaki Tahu...
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ...ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang
paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana
nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan
dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan
senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan Persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu
ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia
sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan
tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang
mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa."
SEKADAR RENUNGAN...BACALAH..
Kisah Benar – Kisah Pembalasan Isteri Curang
Kisah ini saya petik dari suatu laman web… Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.
Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali... ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.
“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.
Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.
Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.
Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.
Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.
Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.
” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.
Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.
Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.
Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.
Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.
Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.
Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.
Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.
Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.
“Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.
Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.
Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.
Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.
“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kau tu? Hah?”
Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.
Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.
Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.
“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.
Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.
Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.
Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.
Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.
“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.
Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.
“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.
” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.
“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.
“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.
“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”
Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.
“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.
” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.
” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.
Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.
Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.
Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.
Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.
Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.
“ Abang ..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.
Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.
“ Abang , Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.
Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.
Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.
Haji Shafie sekali lagi menemui saya.
“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .
” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.
Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.
” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.
Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.
“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan, dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.
“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.
Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.
Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.
” Terima kasih ustaz,” balas Halim.
Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.
“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”
“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”
” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”
“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”
“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”
“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”
Cukup menginsafkan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. Wallahualam
Sunday, July 25, 2010
WEDDING SEPUPU
saje nak upload gmbr ni...teringat waktu ni....
skrg ni..sepupu saya (Kak Ti) dah ada anak sorang..gegirl,nama dia Azzalea Fariha
skrg ni..sepupu saya (Kak Ti) dah ada anak sorang..gegirl,nama dia Azzalea Fariha
Subscribe to:
Posts (Atom)












Pulau pangkor
Pulau Tioman
Sabah













